huhu post lagi..xde mnde nak d bicarakan
harap Sabar
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat Islam.
2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah ada latihan yang berterusan.
3. Orang yang berusaha melatih dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang dikasihi serta dekat dengan Allah s.w t. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.
4. Orang yang banyak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-Sobirun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.
5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.
6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah taala mahu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai akhirat.
7. Antara keutamaan sifat sabar ialah:
a. masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
b. diampunkan dosa-dosa yang lalu
c. memilliki iman yang sejati.
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
"Orang ramai dari golongan Ansar meminta-minta daripada Rasulullah s.a.w. Lalu baginda memberi permintaan mereka. Kemudian mereka meminta lagi. Baginda memberi lagi permintaan mereka, sehinggalah habis apa yang ada pada baginda. Baginda bersabda: Apa pun kebaikan yang ada padaku, maka aku tidak akan menyembunyikannya dari kamu sekalian. Sesiapa yang menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya. Sesiapa yang berpada iaitu berpuas hati dengan apa yang ada maka Allah mencukupkannya. Sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menganugerahkannya kesabaran. Seseorang itu tidak dikurniakan sesuatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas selain daripada sabar."
MAkA SAYA berharap dari saya dan kalian semua agar bersabar..ingat bahawa ramadhan sudah semakin hampir..janganlah kita d belengu dengan perasaan marah yer.. :)
Secara harfiahnya, apabila berlaku kecurian, pencuri akan dipersalahkan sepenuhnya, apakah??, sedangkan dari konteks penuh, perlu dilihat dari pelbagai sudut, mungkin tahap ekonomi atau mungkin kesempitan hidup... Apabila kemarahan terbina, pihak yang tidak sabar akan dipersalahkan, apakah??, memang pihak yang menjadi punca tidak akan dipersalahkan, malah dipertahankan...
ReplyDeletekita mengkaji dari setiapp sudut dan situasi..Setiap situasi berbeza pnyelesaiannya..jika soalan kecurian ito hukum mencuri ttp salah dlm agama wlaupun mslh sudut eko mauhupun ksmpitan ekonomi..kerna agama..kemudian soalan kedua tntg marah pula ianya berkaitan nafsu amarah yg lahir apabila indvidu tidak dapat memikir dgn stabil dan sentiasa d bisik2 dgn syaitan...ingin saya kongsikan bsama en azzwan apa yg bru saja saya dgr..
Delete"Golongan orang yang paling mulia d sisi Allah ialah golongan orang yang memaafkan orang lain walaupun dia mampu untuk membalasnya"