Monday, 30 April 2012

Mata



hehe hari ni aku nak cakap pasal mata..Bukan nak belajar sains taw tapi nak cakap pasal mata jer ...n_n

mata yang cantik
mata yang mnarik
mata yang menawan
mata yang memikat 
mata yang memujuk

(^_^)

wahhhh banyak tol kelebihan mata kat sini hikhikhik




<---
tadaa~ hanya dengan mengeluarkan air mata
kite akan rasa kesian kat budak ni hahahaha






note : Ada 1 lg mata yang kite kena hargai jika kite mendapatkannya iaitu mata hati (^_^)

sekian saja cakap-cakap sal mata huhu
tata :)




Saturday, 28 April 2012

Komentar 2

Video Korporat Ukm

Video ini ada menampakkan video korporatnya dimana video ini menunjukkan apa yang dapat dicapai oleh pelajar-pelajar UKM..Pada pendapat saya video ini masih lagi perlu dibaiki lagi kerana kebanyakkan tayangan di pertontonkan hanya menjurus kepada beberapa fakulti sahaja.Ini menyebabkan UKM ini hanya menjurus kepada beberapa subjek sahaja walhal Subjek UKM begitu banyak sekali.Contohnya fakulti undang-undang yang langsung tidak di pertontonkan,Fakutli sains dan teknologi maklumat yang baru ditubuhkan juga tidak dihebahkan bagi menarik pelajar-pelajar menyetainya dan fakulti ekonomi dan pengurusan yang hanya rakaman selama 10 saat sahaja.Video ini banyak memfokuskan kepada Kejuruteraan dan Perubatan sahaja.Ini menampakkan video ini seolah-olah berat sebelah.Itu sahaja komen saya buat masa ini terima kasih

Thursday, 26 April 2012

Komentar

Dari kaca mata pelajar

Hmmm pada pendapat saya video ini ada kurang dan ada lebihnya..yang lebihnya penggunaan kamera yang baik membuatkan video rakaman persekitaran nampak sangat cantik.Malahan pelajar-pelajar yang melakonkan watak tersebut bukan hanya pelakon nasional malahan internasional bagi menarik pelajar-pelajar luar turut serta menuntu di situ.yang kurangnye ialah realiti kepada video ini adalah tidak sama sekali dengan keadaan sebenar.Ini membuatkan kite berasa sedikit kecewa kerana kite apa yang dilihat hanyalah indah khabar dari rupa.Gembira tapi sedih adalah gambaran dari pelajar yang menuntut di situ

ini saja komen dari video yang pertama dari saya

Tuesday, 24 April 2012

Teruje


fiuhhh fiuhhhh legendary starr..Rajnikhan..sangat terkenal dengan watak hero dalam citer tamilnye..
sekali lawan perghh 10 lawan 1 pon xde hal la....siap ade gaya g law lawan...perghhh die memang femes la law jadi hero :D

tapi kalu kite pikir blek.... pejam celik pejam celik  kite mula pikir yang xkan sampai bile-bile kita akan jadi hero kan
law xcye kite tgk skunk kt TV citer tamil die da x blakon jd hero dah kan huhu


ni time die da tue :D
klu cm ni ley jd hero g x??
ngeeee~


Monday, 23 April 2012

Rubiks cube


ok2 sekarang dah xde men tanda tanye dah yerr

kite straight to de point je mlm nie...aku sebenarnye nak share sikit pasal mende alah nie
...inilah dinamakan Rubiks cube ..alat ni alat minda..sangat susah dan menyusahkan
rubik nie ade macam-macam jenis
ade yang 3x3 , 4x4 5x5 dan yang paling banyak 20x20

Tadi ada pertandingan kat Dewan Gemilang
sambutan agak menggalakkan dan rekod terpantas yang dilakukan adalah selama 24saat jerr
wahhh pantaskan

ni akan aku tunjukkan gambar-gambar org yang main rubik

ni salah sorang peserta
nama beliau handry
weyhhh saudari ainil pon ade huhuhu 

Sunday, 22 April 2012

Bil n Dil

Kisah 2 makhluk di bilik satu masa dulu
citer die cmni

Dil : Hmmmm bil aku nak tye ko sikit nie

Bil : ha pe die??

Dil : ginie2 nak tye nie....law yg nie rase cmne ekh

Bil : owhh yg nie....xsedap sangat...rase die kosong jer...aku klu
        rase mesti nk muntahh..wekkk
      (sambil  mnunjukkan mukenye yang pelik >.<)


Dil : Oooooo kalu yang nie rase pe lak???


Bil : perghh yang nie bestt...klu ko rase kan....perghhhhhhh sedap 
       doooo.ko rase tenang jer..time serabut
       datang ko ley "handle" jer...fuhhh


Dil : Bagaimana pula dengan yang nie??


Bil : yang nie....klu yang nie besttt law ko mix kan dengan kopi
       (sambil tangan menunjukkan like)


Dil : p bil aku x minat kopi la :(


Bil : xpe2 ko ley tukar ngn nescafe...xde hal la


Bil : yang nie pon best jgk...orang panggil die "kretek"...time ko
       rase die akan bunyi krekk krekk 
       haa...menarik kan


Dil : wahhhh bestnye...suke2 (sambil cenyom nampak gg )



korang nak taw x kite citer pasaal ape????










































<---------------------------




tadaaaa~ ni la yang kitorang bincangkan tadi 
huhu menarikkan kisah kami n_n

Colourless



Why always be like this...life just black and white...dark and dim..no excitement come from heart. just do a circle work..my heart feel so empty about this.
owhhh...hmmmm
ting tong ting tong......what should i do to make me smile again?? :(

singing?
crying?
laughing?
dancing?


hmmmmmmmmmm


owhhhh astarfirullah...almost forgot the Almighty



I should praying :D


thankz Allah because make me smile again (^_^)

Saturday, 21 April 2012

KENAPA

comel??????

Kuar lagi :)

 huhu anak sape la ni kan :)
wahh die terer men boling lol


Kfc lg :)


mail n dil


ni la die BUFDAYYY BOYYY kite

selamat hari lahir kawan 
moga hari baru ni mengubah kamu menjadi insan yang mulia kelak

amin

Thursday, 19 April 2012

two roads is in my mind
what is the relation between this two roads with me????




hmmmm ok now im thinking what the relation about this photo to me




come on...........what is going on???


still thinking 
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


what i thinking about just now???






yesssss!!!!!!
finallyyyy i've found it










i already lost :'(

Saturday, 14 April 2012

Sedih???


Kenapa gambar ni sedih yer?????
Hmmm biasalah kalau cuti dah nak habis kita pun mula lah sedih nak tinggalkan rumah ni.Pengalaman seminggu di rumah hanya akan jadi kenangan yang abadi yang mungkin kita tak kan lupa bersama dengan keluarga.Bagi aku keluarga adalah no 2 selepas agama.Cintaku kepada keluarga hanya Allah sahaja yang tahu.Tapi takpe lah...demi kejayaan di masa depan, aku terpaksa juga berhijrah untuk mengenali dunia Allah dengan lebih mendalam.

Sedih to sedih jugak
Assignment to jangan lupa buatt Fadhilll oiiiiiii

Friday, 13 April 2012

Ghostbum

:) Perghhh jom kita berkenalan dengan nama2 hantu kat sinie

Errrr aku dapati kat televisyen sekarang suka siarkan cerita antu hmmm...best sangat ke tengok citer2 cm nie 
addoyaiii kadang2 x phm npe kite ske tgk antu tp takut bile da tgk dpn mate..dpn tb x takot plak...nie aku share sket la antu2 popular kt Malaysia nie hehe moh kite lihat :

1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak -
wanita berpakaian serba putih membalas dendam.
Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.



Toyol - hantu kanak-kanak bogel
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.




 Hantu punjut
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka. 

                                    Orang minyak
Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.Kisah orang minyak ini amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958. Filem ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd dan diarahkan oleh P. Ramlee.

Gatal tol orang minyak nie




Sekian saja dari pengkaji Hantu arini
Walahhh

Thursday, 12 April 2012

Angryyyyyyy bird


Baru-baru nie asik nak marah je kan..so aku nak mengkaji asal marah to n camne kite nak tangani la sket rasa marah to lam diri kita :)



Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata- kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.".

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.Menjerit-jeritlah si anak, kesakitandan kepanasan sehingga meninggal dunia.

Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menungguhukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia "tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri,seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya.

Bilakemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyakkanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

Kaji perangai kita



Salam semua :)


Post bru da keluarrr yesss


hehehe


kali ni aku mengkaji tingkah laku perangai manusia mengikut BULAN kelahiran kita





JANUARI



Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan

setiap yang dibuat nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif, berfikiran mendalam Pandai mengambil hati orang lain Pendiam kecuali telah dirangsang Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi Mudah mendisiplinkan diri sendiri Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya Cukup sayang padakanak-kanak Suka duduk di rumah Setia pada segala-galanya Perlu belajar kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi



FEBRUARI

Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality dan abstrak Intelligent, bijak dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain Agak pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan sanga sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya Sangat berani dan suka memberontak Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam Suka hiburan dan sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros Belajar untuk mempamerkan emosi.



MAC

Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
Tidak cepat marah dan sangat amanah Tahu balas budi dan tahu kenang budi
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam Kecenderungan untuk berdendam
jika tidak dikawal Suka berangan-angan Suka melancong Sangat manja dan suka
diberi perhatian yang sangat tinggi Kelam kabut dalam memilih pasangan Suka
dgn hiasan rumahtangga Punya bakat seni dalam bidang muzik Kecenderungan
kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.



APRIL

Sangat aktif dan dinamik Cepat bertindak buat keputusan
tetapi cepat menyesal Sangat menarik dan pandai manjakan diri Punya daya
mental yang sangat kuat Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai
memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang Sangat berani
dan tiada perasaan takut Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun
dan pemurah Emosi cepat terusik Try control the emotion Kecenderungan
bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan Kuat daya
ingatan Gerak hati yang sangat kuat Pandai mendorong diri sendiri dan
memotivasikan orang lain Berpenyakit di sekitar kepala dan dada Sangat
cemburu dan terlalu cemburu.


MEI

Kekerasan hati & degil Kuat semangat & bermotivasi
tinggi Pemikiran yang tajam Mudah marah apabila tidak dikawal Pandai
menarik hati orang lain & menarik perhatian Perasaan yang amat mendalam
Cantik dari segi mental & fizikal Tidak perlu dimotivasikan Tetap pendirian
tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain Mudah dipujuk Bersikap sistematik
(otak kiri) Suka berangan Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di
hati orang lain tanpa diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang
penyakit Daya khayalan yang tinggi Permikiran yang tajam Pandai berdebat
Fizikal yang baik Kelemahan sistem pernafasan Suka sastera, seni & muzik
serta melancong Tidak berapa suka duduk di rumah Tidak boleh duduk diam
Tidak punya ramai anak Rajin dan bersemangat tinggi Agak boros

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap
baik Berperangai yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @
mood Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif
(sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka
menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat
marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau
Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang yang
sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena selsema
Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet Kurang
mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada
barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal
Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah
kawan saya


JULAI

Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar
dimengerti terutamanya lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan
maruah diri Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila
disusahkan Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa
sentimental Jarang berdendam Mudah memaafkan tapi sukar melupakan Tidak
suka benda remeh-temeh Membimbing cara fizikal dan mental Sangat peka,
caring dan mengasihi serta penyayang Layanan yang serupa dengan semua orang
Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam Suka menilai orang lain dengan
pemerhatian Mudah dan rajin belajar Suka muhasabah diri Suka mengenangkan
peristiwa atau kawan lama Suka mendiamkan diri Suka duduk di rumah Suka
tunggu kawan tapi tak cari kawan Tak agresif kecuali terpaksa Lemah dari
segi kesihatan perut Mudah gemuk kawal tak kawal diet Minta disayangi Mudah
terluka hati tapi lambat pulih Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat
kerja


OGOS

Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan
caring terhadap orang lain Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas
& bersikap kepimpinan Pandai pujuk orang lain Terlalu pemurah & bersikap
ego Nilai harga diri yang sangat tinggi Dahagakan pujian Semangat juang
yang luar biasa Cepat marah & mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya
dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat Sangat sensitif tapi tidak mudah
merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk relax Sikap
kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan



SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat,
teliti & teratur Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik Pendiam
tapi pandai bercakap Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati Sangat
perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur Kerja yang dilakukan sangat
sempurna Sangat sensitif yang tidak diketahui Orang yang banyak berfikir
Daya pentaakulan yang baik Otak bijak & mudah belajar Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik Pandai mendorong diri sendiri Mudah
memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
Suka sukan, hiburan & melancong Kurang menunjukkan perasaannya Terluka
hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih pasangan Sukakan benda yang
luas Bersistematik


OKTOBER

Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil
jalan tengah Sangat menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak
pandai berbohong & berpura-pura Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan
kawan Sentiasa berkawan Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
Cepat marah Macam pentingkan diri sendiri Tidak menolong orang kecuali
diminta Suka melihat dari perspektifnya sendiri Tidak suka terima pandangan
orang lain Emosi yang mudah terusik Suka berangan & pandai bercakap Emosi
yang kelam kabut Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) Suka
melancong, bidang sastera & seni Pengasih, penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu Ambil berat tentang
orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil Boros & mudah dipengaruhi
persekitaran Mudah patah semangat


NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan
atau difahami sikapnya Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh
dengan idea-idea baru yang luar biasa Pemikiran yang tajam Daya firasat
yang sangat halus dan tinggi Bagus untuk jadi doktor Cermat dan teliti
Personality dinamik Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari
rahsia Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra Berani, pemurah setia
dan banyak kesabaran Terlalu degil dan keras hati apabila hendak.
Diusahakan sehingga berjaya Tak suka marah kecuali digugat Mudah ambil
berat terhadap orang lain Pandai muhasabah diri Cara berfikir lain dari
orang lain Otak yang sangat tajam Pandai mendorong diri sendiri Tidak
hargai pujian Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang “tough” (sasa) Kasih
sayang dan emosi yang sangat mendalam Romantik Tidak pasti dgn hubungan
kasih sayang Suka duduk di rumah Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia Tidak berapa berjaya dalam
mengawal emosi Bercita-cita tinggi Perangai tidak dapat diramal dan mudah
berubah-ubah


DISEMBER

Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
Seronok didampingi Suka bercampur dengan orang Suka dipuji, diberi
perhatian dan suka dibelai Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur Tidak
pandai berpura-pura Cepat marah Perangai yang berubah-ubah Tidak ego
walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logic.


Monday, 9 April 2012

Baca la kalu rajin hehe

Hmmmm tiba-tiba teringat plak satu tajuk yang menarik hihihi...

KASANOVA


korang taw x sejarah asal usul kasanova nie. Meh aku share sikit ape to sebenarnya kasanova


Bermula dengan satu nama Giacomo Girolamo Casanova de Seingalt (April 2, 1725 – June 4, 1798). Seorang penduduk Venice dan juga seorang penulis. Buku utamanya ialah Histoire de ma vie (Story of My Life), part autobiography and part memoir, merupakan satu sumber utama yang banyak berlaku di Eropah pada kurun ke 18. Beliau sangat terkenal dengan sifat kaki perempuan dan namanya sinonim dengan "Seni Mengorat" dan kadang-kadang mendapat gelaran "Kekasih Terbaik dunia"



JOM kita tengok gambar die plak


hahahah xdela hensem mane pon kan..so moral of the story
RUPA TAK PENTING TAPI KATA-KATA TO YANG PENTING (n_n)

Sunday, 8 April 2012

Perginya yang Tersayang

Salam semua :) . hehe lame plak x update blog nie..fuh2 byk sawang kena bersih kat blog nie..haa baru2 nie kita sume duk sibuk cter pasal kapel kan???


Jom hari ni kita ingat balik pasal perkara nie..jangan la sibuk2 pikir pasal cinta manusia jer..cinta Illahi kena la salu ingat hihi.








Hmmm baru-baru nie aku baru sahaja melihat adik kawan ayahku meninggal..huh memang terase jugak la dalam benak hati ni pasal mati kan..Orang yang nampak sihat,aktif,gembira..tup-tup pergi begitu sahaja.


berdebar jugak rasa bila melihat mayat terkaku, muka putih sebab darah tidak berjalan dan lihat wajah si isteri dan anak-anak menangis..

tapi pasti saat ketika nanti aku akan merasai pengalaman seperti ni..
KEMATIAN YANG TERSAYANG. ya pasti akan dirasai






ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA MENGHADAPINYA???????